Archive for the ‘High School Musical’ Category

Pelakon High School Musical Nangis Sakan

March 8, 2009

Pelakon High School Musical Nangis Sakan
E! Online Photo: © 2008, Disney

Selepas 3 tahun bersama, 3 filem dan 33 buah lagu, kita seperti sudah kenal sangat Zac Efron, Vanessa Hudgens, Ashley Tisdale dan kesemua rakan-rakan nyanyian di sekolah tinggi mereka itu. Dan mereka pula macam sudah serasi sangat menjadi remaja yang menghidupkan High School Musical (HSM).

Bercakap tentang penggambaran pada hari terakhir, baru-baru ini mereka begitu emosional, seolah-olah mereka betul-betul seperti sudah tamat persekolahan. Mereka juga membayangkan bagaimana kehidupan mereka selepas pembikinan filem ini habis kelak macam hari terakhir di sekolah sebenar.

Cuma apa yang membezakan mereka daripada pelajar biasa lain adalah mereka punya wang berjuta dolar dan mampu bergaya dengan rambut yang cantik!

Pada sidang media yang diadakan Ahad lalu, pengarah Kenny Ortega menggambarkan suasana hari terakhir penggambaran filem itu memang sedih dan bercelaru.

“Semua pelakon, pada satu ketika, mula menangis. Lalu kami terpaksa berhentikan penggambaran dan menghantar mereka pulang ke treler mekap.”

Jadi, siapa mulakannya?

Ashley yang mulanya menangis dengan teruk selepas mendengar ucapan dari Kenny. Katanya, “Kenny mengucapkan  sesuatu yang menarik, membuatkan kami mula menangis. Jurudandan dan jurumekap pun mengalirkan air mata  sehingga mereka tidak dapat mendandan wajah kami semula.”

Monique Coleman, pelakon yang paling sakan menangis, terkejut kerana Ashley mulakan dahulu. Kata Monique, “Ya, memang saya yang sangat selekeh. Saya rosakkan kostum saya dan saya terpaksa balik ke treler untuk betulkan mekap saya. Tetapi, bukan saya yang mulakan ya.”

Bagi budak lelaki pula, sudah pasti Zac tidak akan mengaku dia menangis tetapi Cordin Bleu tetap mengalirkan air mata dan Ashley ternampak adik kembarnya dalam HSM, Lucas Grabeel, pun turut menitiskan air mata.

“Dia pun mengalirkan air mata. Itu adalah perkara hebat yang pernah dia lakukan sepanjang 3 tahun berlakon,” dedah Ashley.

Kini, peluang untuk kamu rasai apa yang mereka sudah rasai. Kita pasti akan merindui mereka.

© 2008 E! Entertainment Television, Inc. All rights reserved.

Murai

Perihal Zac Dan Leonardo Di Chateau

March 8, 2009

Perihal Zac dan Leonardo di Chateau
E! Online Photo: © 2008, Jeff Vespa/Getty Images; Eduardo Parra/Getty Images

Bercakap tentang gelaran GQ Man of the Year di Chateau, terlupa pula memberitahu tentang pelakon High School Musical 3, Zac Efron yang cuba memberitahu bahawa semua orang mahu ‘sesuatu’ darinya. Nampaknya, Zac sendiri gemarkan sesuatu yang baru dan popular. 

Namun, Zac seperti tersedak ketika ditanya, tidakkah dia bercampur dengan aktor Leonardo DiCaprio yang juga hadir ke majlis itu. Adakah Leonardo begitu ‘bahaya’ jika dilabelkan sebagai Paris (Hilton) lelaki? Yang membezakan, dia cuma berbakat dalam bidang lakonan.

Kathy Griffin pun sempat menyemarakkan suasana. Anda tahu dia bagaimana, tidak boleh langsung duduk dalam bilik yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki kacak.

Kath pernah berkata ketika dia diundi untuk Gal of the Year, “Saya adalah peminat Hillary (Clinton). Saya rasa dia seorang yang tabah. Dan dia juga sepatutnya dicalonkan menjadi Man of the Year. Itulah yang menarik tentangnya kerana dia seorang yang fleksibel.”

Kathy, jangan awak terlalu pasti. Hillary tidak begitu menjadi dalam bidang politik sekarang.

© 2008 E! Entertainment Television, Inc. All rights reserved.

Murai

Pasang Badan Untuk Paparazi

January 8, 2009

BINTANG remaja, Vanessa Hudgens tidak kisah dikejar paparazi kerana dia memang bersedia menghadapi jurugambar bebas yang gemar merakam foto selebiriti terkenal seperti dirinya.

Pelakon trilogi High School Musical itu menyediakan kostum yang sesuai dipakai sebelum berhadapan dengan paparazi.

Katanya kepada Contactmusic: “Saya ada beberapa pasang baju yang dipakai ketika melakonkan watak Gabriella dalam High School Musical. Jadi saya tidak kisah kalau mereka nak merakam foto saya ketika sedang memakai kostum Gabriella. Bukankah Gabriella itu cantik orangnya?”

Dalam pada itu, Hudgens menafikan dia berselisih faham dengan teman lakonannya dalam trilogi High School Musical, Ashley Tisdale.

“Siapa cakap saya dan Ashley bergaduh? Dialah teman baik saya,” tegasnya.

Kosmo

Efron Puji Kekasih

January 6, 2009


ZAC dan Vanessa sedang kemaruk cinta.

ZAC EFRON mengakui kekasihnya, Vanessa Hudgens telah menjadikan dirinya seorang insan yang lebih baik.

Bintang trilogi High School Musical yang berusia 20 tahun itu dan Vanessa, juga 20, mula menjalinkan cinta selepas bertemu di set penggambaran High School Musical pada 2006.

Kata Zac, “Saya tidak boleh menggambarkan bagaimana perasaan dilamun cinta, tetapi apa yang saya tahu Vaneesa telah menjadikan saya seorang insan yang lebih baik.”

Efron dan Vanessa yang melakonkan watak pasangan kekasih Troy Bolton dan Gabriella Montez dalam trilogi High School Musical baru-baru ini diundi sebagai Pasangan Pilihan 2008 nombor satu hasil kaji selidik yang dibuat FoxNews.com.

Pencapaian mereka itu sudah pasti menggembirakan penerbit High School Musical, namun belum ada ura-ura siri keempat High School Musical akan diterbitkan.

Kosmo

Tanglung Gergasi Kartun Disney

December 25, 2008

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

KARAKTER animasi Disney bakal ‘berkerlipan’ di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, sepanjang musim perayaan ini, dari Krismas, sambutan ambang 2009 dan Tahun Baru Cina, Februari tahun depan.

Watak popular seperti Mickey Mouse, Winnie the Pooh, Lion King, Nemo, WALL E dan Buzz Light year ini ‘dijelmakan’ dalam bentuk tanglung gergasi, setiap satunya berukuran antara 3 dan 5 meter (m).

Jurucakap penganjur berkata, pameran Festiva Fun-tasy adalah pameran tanglung pertama menggunakan watak Disney, yang menjadi karakter kegemaran kanak-kanak di seluruh dunia. Sebelum ini, kebanyakan tanglung dihasilkan lebih terarah kepada motif konvensional.

Sepanjang promosi berkenaan, tanglung tiga dimensi dan lampu hiasan akan ditukar mengikut tema tertentu bagi menerbitkan mood perayaan kepada perayaan tertentu. Ini bermakna karakter Disney akan memakai perhiasan tambahan untuk setiap perayaan berbeza.

Menariknya, pengunjung bukan saja dapat menikmati keindahan kreativiti tanglung ini, malah dapat menyertai program sampingan termasuk pelbagai pertandingan tarian seperti ‘High School Musical I Do Dance’ dan ‘Kids To the Beat’.

Tidak ketinggalan, mereka juga dapat menyertai peraduan tiru suara dan karakter animasi menerusi ‘Disney Character Voice A Like’ dan ‘Be A Disney Character’. Menariknya, pengunjung mungkin membawa pulang Hong Kong Disneyland.

Selain itu, mereka juga boleh meluangkan masa untuk mengunjungi gerai menjual pelbagai aksesori, barangan hiasan rumah dan fesyen di NIU.ZE.XUI Street Mall, ruang jalanan sepanjang 146m di pusat dagangan itu.

Program mendapat sokongan Kementerian Pelancongan sebagai satu promosi pusat beli-belah di negara ini dirasmikan Menterinya, Datuk Sri Azalina Othman Said, dalam satu majlis baru-baru ini.

INFO

Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara sebahagian projek pembangunan komersial dengan menampilkan reka bentuk dan landskap menarik dikenali Alfresco Boulevard atau NiuZeXui. Ia menggabungkan pelbagai jenis kedai, pejabat, firma dan pasar raya di bawah satu bumbung.

Harian Metro

Gerak Tari BU4Girlz

December 2, 2008

Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my


WAKIL Malaysia, BU4Girlz lincah di atas pentas pertandingan tarian High School Musical: My School Rocks!.

IA bukanlah sebuah filem keluaran Hollywood berbajet besar. Malah, ia hanya bermula sebagai sebuah muzikal untuk televisyen dan dibintangi oleh nama-nama yang tidak dikenali.

Namun demikian, ia telah mencetuskan satu fenomena seluruh dunia. Ia bukan sahaja menarik golongan remaja, tetapi juga dewasa.

Filem pertama, High School Musical (HSM) telah dipertontonkan buat pertama kali pada Januari 2006 di saluran Disney Amerika Syarikat (AS).

Ia telah ditonton oleh 250 juta orang di seluruh dunia.

Kejayaan HSM telah membawa kepada tayangan High School Musical 2 yang juga telah disiarkan buat kali pertama di saluran Disney AS pada bulan Ogos 2007. Ia diteruskan dengan kehangatan High School Musical 3 yang ‘memecahkan’ panggung pada bulan lalu.

Demam HSM menyebabkan persembahan dan pertandingan bertemakan filem itu dianjurkan di seluruh dunia.

Kehangatan fenomena HSM itu tidak pernah lari dari benua Asia.

Pada pertengahan tahun lalu, para pelajar berusia antara 10 sehingga 17 tahun di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Brunei, Korea, Hong Kong, Palau dan Papua New Guinea telah diberi peluang menari diiringi lagu-lagu terhangat filem muzikal itu.

Mereka telah mengambil bahagian dalam pertandingan menari antara sekolah serantau di Asia Tenggara yang dikenali sebagai High School Musical : My School Rocks!.

Pada bulan Julai lalu, sebanyak 20 pasukan telah berentap di peringkat separuh akhir untuk meraih tempat di pertandingan peringkat akhir yang diadakan pada akhir bulan Ogos lalu.

Namun, dengan hampir 29,000 undian daripada 11 pasaran telah diterima dalam masa seminggu, pasukan dari Hong Kong, Malaysia, Filipina dan Singapura merupakan pasukan yang bertuah.


PENGALAMAN di Hong Kong menjadi memori indah bagi empat murid ini.

Setiap pasukan yang terdiri daripada empat hingga lima ahli dari sekolah yang sama, telah diberi masa enam minggu untuk membuat persiapan dari segi koreografi dan gerak tari mengikut lagu daripada filem High School Musical dan High School Musical 2, khususnya We’re All in This Together, Work it Out dan All for One.

Pasukan Malaysia, BU4Girlz yang terdiri daripada Vanessa Dorville, 12, Melissa Kuek , 11, Tham Su Ming, 12 dan Serena Lee, 11, adalah antara yang terpilih untuk bersaing di peringkat akhir yang diadakan di Disneyland Hong Kong baru-baru ini.

Pasukan yang menang dalam pertandingan itu berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup untuk membuat persembahan dengan kumpulan profesional, Cats di salah sebuah tarikan terbaru Disneyland Hong Kong, High School Musical : LIVE!.

Sungguhpun demikian, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia.

Meskipun mendapat tempat keempat, murid Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara (4), Petaling Jaya ini berkata, peluang untuk bertanding adalah suatu yang amat bermakna dalam kehidupan mereka.

“Kami berempat sememangnya gemar menari sejak dahulu lagi, malah kumpulan ini dibentuk kerana cinta kami terhadap dunia tarian,” kata Su Ming yang memaklumkan bahawa mereka berempat telah mengikuti kelas tarian termasuk tarian funk, balet dan latin.

Dengan senyuman manis, tambah beliau, mereka sememangnya menggemari HSM sejak ia keluar pada tahun 2006 lagi.

“HSM memainkan peranan besar dalam kehidupan kami. Kami akan sentiasa berbincang atau mendapatkan berita-berita terkini mengenainya. Malah, kami juga sentiasa menyanyi dan menari,” katanya sambil ketawa.

Membuktikan betapa minatnya mereka terhadap francais HSM, mereka mengakui telah menghafal lirik-lirik lagu dan juga gerak tari dalam filem tersebut.

Beliau mengakui tarikan utama mereka terhadap filem tersebut ialah jalan cerita yang menarik dan signifikan dengan kehidupan sebagai pelajar sekolah tinggi dan lagu serta gerak tari yang menarik.

Difahamkan di bawah bimbingan jurulatih tarian, Rebecca Lee, pasukan itu telah berlatih tanpa mengenal penat selama dua sehingga tiga jam sehari.

“Kami ke Disneyland Hong Kong dengan semangat yang tinggi untuk menang. Sungguhpun tidak menjadi juara, kami tetap berpuas hati dengan kesungguhan dan semangat serta peluang untuk mewakili negara ke sebuah pertandingan peringkat antarabangsa,” kata Su Ming.

Pertandingan itu menyaksikan pasukan remaja Filipina meraih tempat pertama sekali gus berpeluang membuat persembahan dengan kumpulan profesional, Cats.

Kosmo

Dapat Hadiah Studio Rakaman

November 29, 2008

Bintang terkenal Disney, Miley Cyrus yang meraikan ulang tahunnya yang ke-16 pada majlis anugerah American Music Awards Ahad lalu, meraih hadiah yang sangat istimewa daripada bapanya, Billy Ray. Apakah hadiahnya?

“Saya membelikan Miley sebuah studio rakaman,” kata Billy.

Teman-teman Miley juga membuat satu parti secara mengejut di belakang pentas majlis anugerah tersebut demi meraikan hari lahirnya.

Bintang filem High School Musical, Ashley Tisdale, penyanyi Taylor Swift, dan bintang kelahiran American Idols, Jordin Sparks, bersama-sama dengan kedua orang tua Miley, memberikan sebuah kek yang tertera tulisan Happy Birthday Miley di bahagian atasnya.

Beritahu Taylor, “Saya, Jordin dan ibu bapa Miley berkumpul bersama dan kemudian sepakat untuk memberikan sebuah parti kejutan bagi Miley, kerana dia memang layak untuk diraikan.”

Miley sebelum itu terlebih dulu meraikan hari lahirnya di Disney pada bulan lalu.

Pada Jumaat lalu, Miley bersama dengan kekasihnya, Justin Gaston, dilihat telah mengunjungi tempat tatu bersama sahabat mereka, penyanyi country, Billy.

Billy dikhabarkan menambah koleksi tatu di tubuhnya, sementara Miley dan kekasihnya itu duduk sambil berciuman dengan penuh mesra.

Kosmo

PKJ Taja Percutian

November 28, 2008

SEKUMPULAN 80 kanak-kanak daripada House of Joy dan Persatuan Kebajikan Ti-ratana menikmati musim percutian dengan menonton filem High School Musical 3 di Golden Screen Cinema, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Aktiviti anjuran Poh Kong Jewellers (PKJ) itu turut memberi peluang kepada kanak-kanak berkenaan untuk menikmati hidangan lazat, permainan tarian serta mencari harta disembunyikan di dalam pawagam.

Ia sebahagian daripada kempen selama tiga bulan Mickey’s Magical Holiday yang turut memberi peluang kepada pelanggan menyertai peraduan bermula pada 1 Disember 2008 hingga 28 Februari 2009.

Pada 1995, PKJ menandatangani perjanjian pelesenan dengan Syarikat Walt Disney sebagai pemegang pelesenan sah untuk mengeluar dan mengedar barangan kemas watak Disney di Malaysia. Barangan kemas dengan watak Disney yang comel dan manja bukan saja menawan hati kanak-kanak, malah orang dewasa.

Harian Metro

‘twilight’ Takes Big Bite Out Of Box Office

November 24, 2008

LOS ANGELES – Teen vampire film “Twilight” scared up a phenomenal 70.5 million dollars in its North American box office debut, Exhibitor Relations said Sunday.

That was more than 44 per cent of the total weekend take for the top 12 films showing, the industry monitor said.

James Bond thriller “Quantum of Solace” scored second place with 27.4 million dollars in sales while Disney’s new animated “Bolt” barked its way to an almost second place tie with 27 million dollars, also in its premier weekend, Exhibitor said.

“Madagascar 2” racked up 16 million dollars in ticket sales while “Role Models” was in fifth place with less than half that: 7.2 million dollars.

Angelina Jolie vehicle “Changeling” and preteen-targetted “High School Musical 3” took 2.6 and 2.0 million dollars respectively, in the sixth and seventh places.

In eighth place, “Zack and Miri” earned 1.7 million dollars, while “The Boy in the Striped Pyjamas” followed with 1.67 million.

“The Secret Life of Bees,” based on the novel of the same name, rounded out the top 10 with 1.27 million, Exhbitor said.

– AFP/rose

Channel News Asia

Leonardo Vs Chihuahua

November 19, 2008

SINGAPORE: America recently made its big decision and now, Singapore, it’s your turn.

No, we’re not talking about the historic election of the first-ever African American President. We’re talking about that all-important decision on whether you will propel a pampered yappy dog in a handbag or big-time Hollywood superstars Leonardo DiCaprio and Russell Crowe to the top of the Singapore box office when both their respective films open Thursday.

America has already spoken. “Body of Lies”, big name terrorist thriller directed by esteemed sure-shot director Ridley Scott (“Gladiator”, “Thelma & Louise”, “Blade Runner”), barely scratched the surface of the United States box office surface, leaving a talking dog with a voice of an angel (in this case, a Charlie’s Angel – Drew Barrymore) to prance its way to the top spot for two straight weekends.

So far, “Beverly Hills Chihuahua” has grossed a whopping US$108.5 million worldwide – a stark contrast to the reported US$55 million for “Body of Lies”.

Similarly, tween phenomenon “High School Musical 3: Senior Year” sang and danced its way to No 1, bubbling high with a worldwide gross of US$194.7 million. It trounced the highly anticipated cop saga “Pride and Glory” (opening in Singapore December 18), boasting a leading cast of Edward Norton and Colin Farrell, which has only managed US$11.7 million worldwide so far.

Dan Fellman, head of distribution for Warner Bros, which released “Body of Lies” and “Pride and Glory”, told the Associated Press: “The last few weeks have been really tough for adult films. The lighter fare seems to be taking a dominant position.”

The same report points out how the current movie-going sentiment echoes that of the Great Depression, when slapstick comedy and glamorous musicals helped lift people’s spirits.

We live in bleak times. Markets are crashing, retrenchments are rife, and that war, well, it’s still going on. And none of it looks likely to change any time soon. The celluloid world has always been the comforting pit of temporary solace – a place people go to escape. And it seems no one really wants to escape to the movies to get even more depressed than they already are after watching the evening news.

The proof is in the box-office pudding. Movie-goers are shunning serious movies for fluff. It’s sad (unless you’re Zac Efron or a talking Chihuahua) but true.

This year’s list of highest-grossing films screams “popcorn”, filled with adventure, comedy and superhero escapism.

From “Kung Fu Panda” high-kicking its way to US$630.9 million to “Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull” clocking US$786 million, not a single “serious” film was in sight of the Top 10, as an Abba-singing Meryl Streep, a lovable robot named “Wall῕E” and a Downey-esque “Iron Man “dominated the box office.

Some might argue that the biggest film of the year is really more of a “drama” than a “comic book flick”. But let’s face it – “The Dark Knight” wouldn’t have made US$997.5 million if Christian Bale hadn’t been dressed as a bat.

With the rolling out of serious Oscar contenders over the coming months – including DiCaprio teaming up once again with his “Titanic” co-star for Sam Mendes’ “Revolutionary Road”, Sean Penn as the first openly gay man to be elected to US public office in “Milk”, and real-life political dramas like Ron Howard’s “Frost/Nixon” or Bryan Singer’s “Valkyrie” starring Tom Cruise – the spotlight turns onto the audience.

How will these thought-provoking, heavy-hitting films measure up against the talking animals of “Madagascar: Escape 2 Africa”?

Will you choose an espionage thriller over a dog in a handbag? Or will you only be happy when “High School Musical” wins an Oscar for Best Picture?

Vote wisely.

“Body of Lies” director Ridley Scott and the movie’s leading man, Oscar-winner Russell Crowe, talk about their political agenda and the deflowering of Leonardo Dicaprio.

Channel News Asia